Aku kaya tapi rugi!


Dulu, aku miskin sangat. Sampai makan pun bercatu. Almaklumlah tak ada duit. Pakaian pun pakai apa-apa yang ada dan bertampal sana sini. Aku nak jadi kaya! Ada tak duit turun dari langit? Memang tak ada sebab tak ada yang datang bergolek macam ayam golek. Err..Aku lapar sebenarnya ni dan teringin nak makan ayam golek. 

Oh, berbalik kepada cerita! Aku pun pergilah cari kerja dan akhirnya aku dapat juga. Kerja peon pun jadilah. Tiga bulan aku kerja jadi peon, aku tak puas hati sebab gaji sikit sangat. Nak dijadikan kisah bagaimana aku cepat kaya? Sebabnya rasuah. Kerja makan suap ni aku tahu salah tapi seronok sebab lumayan. Dalam sekelip mata, aku boleh dikategorikan sebagai orang senang. Agak berduitlah. Jadi, pakaian aku beli yang berjenama. Tak mainlah yang setakat RM 10.



Suatu hari, aku berjalan-jalan dengan seorang kawan aku. Rakan niaga. Sibuk berbincang pasal bisnes, kawan aku berhenti dan mengeluarkan sejumlah wang yang agak besar untuk diberi kepada pengemis, RM 50. Erk? Terlebih murah hati pula kawan aku ni. Agak-agaklah! Setakat 10 sen 20 sen tu cukuplah. Kalau aku, RM 5 tu nilai yang besar untuk diberi kepada pengemis. Lagipun,pengemis ni bukan boleh percaya sangat. Ada yang berkemampuan tapi berlagak jadi pengemis sebab nak minta simpati orang. Ada pula yang datang dari satu sindeket haram. Aih, kawan aku ni! Aku rasa kau dah kena tipu hidup-hidup dengan pengemis tu sebab aku tengok dia tersengih-sengih. Macam senyuman orang jahat! Aku cuma dapat tengok sahaja. Terlopong jugalah mulut aku ini. Baik dia beri kepada aku. Adalah faedah! 




"Amir, banyak giler ko kasi derma tu kat pengemis jalanan tu. Tak sayang duit ke? Agak-agaklah nak bagi," kataku setelah kami melangkah beberapa langkah menjauh dari tempat pengemis tersebut.

"Jumlah tu tak penting. Yang penting kita dah menunaikan satu amalan yang disukai oleh Rasulullah S.A.W sendiri. Kan tangan yang memberi tu lebih baik daripada yang menerima?"jawab kawan aku ni.

"Tapi RM50 tu banyak! Baik bagi kat aku. Sekurang-kurang aku boleh enjoy. Tapikan, aku rasa kau dah kena tipulah sebab aku tengok muka pengemis tu, muka tak boleh percaya. Tersengih macam orang jahat...Rugilah engkau!," balas aku tidak puas hati.

"Tapi bila kita dah mati, kita akan ditanya ke mana harta kita tu disalurkan. Takkan kita nak jawab dengan Allah yang duit tu untuk enjoy kat dunia ni? Lagipun, tak elok kita berburuk sangka pada orang. Hati kita jadi lagi sakit nanti.Sekalipun aku ditipu, itu urusan dia dengan Allah. Yang penting, niat nak menderma tu insya-Allah diterima oleh Allah," ulas kawan aku ni.

Aku terdiam sejenak. Berfikir kembali. Ada betul juga kata dia ni.

"Kita tak tau mati kita bila..Entah-entah esok ataupun sekejap je lagi. Kesenangan yang kita miliki ni jangan sampai buat kita alpa kepada Allah,"tambah dia lagi.

"Tapikan, ko tak rasa sayang ke duit ko tu keluar? Bukan duit masuk pun...,"aku cuba menduga dia.

"Apabila kita menolong agama Allah, Allah akan menolong kita. Tak di dunia, di akhirat kelak insya-Allah Allah akan memberi ganjaran kepada kita,"jawab dia.

"Dan, aku takut kesenangan yang aku peroleh ni melalaikan aku... Apabila aku lalai dengan kesenangan, itu bukan lagi satu rahmat tetapi murkanya Allah kepada aku. Apabila dibiar lalai dan tiba-tiba malaikat datang menjemput, apa aku nak jawab kepada Allah nanti? Sebelum aku hanyut, baik aku beringat dahulu,"tambah kawan aku ni lagi.





Kami kembali terdiam. Kata-katanya yang terakhir tadi menyentuh hatiku. Lama aku berfikir, apa yang aku akan jawab kepada Allah kelak? Apa yang telah aku lakukan kepada hartaku? Harta yang selama ini aku kumpul melalui jalan yang salah. Masihkah punya sinar untukku berubah? Selama ini aku memang leka apabila dah senang...Nak senang cepat sanggup makan suap.

Adakah ini tandanya Allah murka kepada aku???


Aku kaya pun kaya harta saja tapi kawan aku, kaya harta dan kaya pahala. Jadi, siapa yang rugi sebenarnya?




p/s: Peon bermaksud budak suruhan di pejabat 

JOIN CONVERSATION

6 rakan:

  1. biar gaji ciput...asal rezeki berkat...hidup pun tenang...

    klau duit banyak...tp x berkat...nnti duit tuh cepat jek abis...x tau ke mana...huhu..

    ReplyDelete
  2. nice :)

    tangan yang memberi itu adalah lebih baek dari tangan yang menerima :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah~
    sama2 lah kita beringat...
    makan suap a.k.a rasuah nie bley dg dlm pelbagai cara.....
    mohon kpd ALLAH, agar kita peroleh duit y halal lg berkat...
    insyallah...
    like, like....

    ReplyDelete

Komen

Powered by Blogger.