Air Mata Mama



Dahulu, aku merupakan seorang anak yang ceria. Keluarga menjadi penawar untukku. Namun, segala-galanya telah berubah apabila aku terpaksa menerima papa baru. Aku bencikan dia! Aku bencikan mama! Kenapa dia menduakan cinta papa kandungku? Adakah kerana papa kandungku sudah lama pergi meninggalkan kami dan menyambut panggilan Ilahi?


Aku tahu walaupun papa kandungku sudah 3 tahun meninggalkan kami, itu tidak bermakna mama harus kahwin baru. Kenapa mama tidak bertanyakan pendapat kepada aku? Aku juga keluarga mama. Aku berhak menentukan kehidupan keluargaku jua. Kenapa hanya mama membuat keputusan? Selama 3 tahun aku selesa tanpa orang baru tapi sekarang, aku harus berkongsi kasih dengan papa baru.



Mama, kenapa mama jauh daripadaku? Papa baru jahat! Dia rampas kasih sayang mama kepadaku. Mama dah tak sayang aku.Disebabkan itu, aku banyak buat hal. Sengaja mengalihkan pandangan mama kepadaku kerana hanya itu yang mampu aku buat. Walaupun aku terpaksa mendengar amarah mama, sekurang-kurangnya aku dapat perhatiankan?


Namun, itu tidak memuaskan hatiku, Hatiku semakin membara apabila melihat kemesraan mama dan papa baruku. Aku mula menyebarkan fitnah untuk memisahkan mereka, Aku gembira apabila melihat mereka mula bertengkar kerana aku pasti mereka akan terpisah! Ya, aku lupa bahawa aku telah dikuasi tipu daya syaitan. Namun, Allah itu |Maha Adil apabila kebenaran terbongkar. Aku dan mama bertengkar besar sehingga aku tidak tahan lalu keluar dari rumah. Pada saat aku keluar dari rumah, sebuah kereta laju melanggarku. Aku terlibat dalam kemalangan. Disebabkan itu, aku kehilangan penglihatan.


Aku tak biasa dengan dunia gelap!! Aku takut dan saban hari aku menangis. Mungkin ini balasan untukku yang cuba untuk memisahkan papa baru dan mamaku. Pada saat aku hiba, papa baru menenangkan aku dan memberikan kata-kata semangat. Baharulah aku sedar bahawa aku tidak layak menilai seseorang tanpa mengenalinya terlebih dahulu. Dia akan bergilir-gilir dengan ibu untuk membawaku ke hospital.


Masa berlalu dengan pantas, aku bakal memiliki seorang adik tidak lama lagi. Tentu adik aku comelkan? Seandainya aku dapat melihat...Hatiku sayu. Mama mengusap rambutku lembut, dikucupnya dahiku. Aku rasa disayangi dan hakikatnya mama tak pernah tak sayang aku. Hanya aku yang rasa dikhianati. Mama, maafkan aku yang banyak mengguris hatimu. Kupeluk erat mama.


Bertambah sayu hatiku apabila mengetahui mama meninggal dunia selepas melahirkan adikku.Ya Allah...aku belum banyak berbakti kepada mama! Mama maafkan aku... Aku tahu mama telah memaafkanku tetapi hati ini masih rasa kesal.


Seminggu usai menguruskan jenazah mama, aku diberitahu papa bahawa aku telah mendapat penderma mata yang sesuai. Gembira namun lebih gembira sekiranya mama dapat melihatku bisa memandang dunia dengan penuh warna-warni sekali lagi. Mama...


Mama, kini aku sudah boleh melihat! Adik sungguh comel. Aku bersyukur dapat melihat wajahnya.


Mama...aku akan jaga dia dengan baik dan ajar adik untuk menghormati papa agar dia tidak menjadi sepertiku. Akan aku didik adik.


Setelah 8 tahun mama meninggalkan aku, adik dan papa. Namun, mama tetap di hati kami. Sekarang giliranku pula bakal menjadi seorang isteri dan kemudian merasa keperitan mama dahulu menjadi seorang ibu apabila aku memiliki anak sendiri. Hari ini, aku bakal bernikah.


Ibu saudaraku menjadi mak andam ketika itu. Dia memang pandai menghias pengantin. Kami bercerita sehingga dia secara tanpa sedar mula membuka cerita penderma mataku. Aku terkejut! Hati aku bertambah runtun. Air mata mengalir tanpa aku peduli pada solekan wajah yang sudah siap.


Ini mata mama! Ya Allah...hanya Kau mengerti perasaan aku ketika ini. Satu persatu peristiwa lampau menjengah kembali. Di kala aku katakan mama tidak sayang, dia sayang tapi aku tidak percaya. Patutlah selama ini papa merahsiakan daripadaku. Mama,aku merasa malu terhadap diriku sendiri kerana aku pernah cuba memusnahkan kebahagiaan mama. Padahal mama selalu memikirkan kebahagiaanku.


Dengan mata ini, aku menitiskan air mata saat aku sah bergelar seorang isteri. Ya Allah, aku bersyukur dia mamaku...Kerana sayang yang Engkau berikan kepada mama, dia telah mendermakan matanya untukku.


'Insya Allah suatu hari nanti Ina akan dapat tengok semula. Doktorkan ada kata kita
ada harapan....Mama sanggup dermakan mata ni untuk Ina..'


'Nanti mama buta. Ina tak nak mama buta sebab Ina....Mama tak perlu buat semua tu...'


'Ina...mama dah puas tengok dunia. Biarlah mata mama ni beri pada Ina...supaya Ina boleh tengok dunia luar.'


'Ini balasan Allah pada Ina...Apalah maknanya Ina dapat melihat tapi mata tu menjadi penyebab cemburu pada papa? Bila gelap, baru mata hati ni terang nak menilai...Bakal adik Ina perlu perhatian mama. Nanti mama buta tentu susah nak jaga adik nanti. Mama jaga mata mama. Ina dah selesa dengan keadaan ni.'


Sekali lagi air mata mengalir laju ke pipi. Air mata mama......

SERTAI PERBUALAN

    Komen blogger

0 rakan:

Post a Comment

Komen

Powered by Blogger.