Berjalan Tanpa Henti


Di fikiranku, dapat kubayangkan langkah kakiku diatur perlahan bagaikan jalan yang tiada semangat. Aku sudah tidak pantas untuk berlari. Dapat kubayangkan tangan kanan yang digenggam kuletak di dada kiriku, tepat di bahagian jantung yang berdegup. Air mataku menjerum laju ke pipi. Tanda aku seperti sudah tidak mampu untuk bertahan. Namun, tetap aku pujuk untuk bertahan hingga cerita yang berliku ini berakhir.

"Tolong bertahan. Jangan berputus asa! Jangan menyerah kalah! Perjalananmu masih panjang. Ini memang rencah kehidupan untuk membinamu menjadi seorang insan yang kuat dan sabar."

"Semakin jauh kau cuba melarikan diri, semakin dekat ia menghampiri. Kau meyakinkan diri bahawa kau tak akan terjebak tetapi hakikatnya hatimu sedang menafikan semua itu kerana pengalaman yang menyakitkan.Sedarlah, bahawa Allah sedang mengujimu dan Dia sedang mentarbiahkanmu."

"Muhasabah diri. Luruskan kembali niatmu. Jangan terpesong dari niat asal. Banyakkan mengadu kepada Allah."

"Jangan buka ruang untuk sakitkan hati diri sendiri. Bertindak matang!"

Kupujuk hati yang rapuh untuk kembali membentuk teguh. Kuubah langkah di fikiranku untuk berjalan lurus penuh semangat. Tidak perlu aku berlari, berjalan perlahan-lahan dengan tenang itu lebih baik dan tidak memenatkan. Air mata kukesat. Jantung kembali berdegup seperti biasa. Kubisik kepada hati, inilah ujian hidup. Barangkali hal itu sesuatu yang aku tidak suka tetapi memberikan manfaat kepadaku pada masa akan datang.

Izinkan aku berjalan tanpa henti.

Diubahsuai dan dimuat turun dari Google Image






JOIN CONVERSATION

5 rakan:

  1. bleh mek tauk..pa inspirasi ktk post artikel tok x? mksud kmk ..apa mslh yg ktk hadapi??

    ReplyDelete
  2. salam..bleh mek tauk apa mslh yg ktk hadapi smpei ktk post topik tok x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...Lumrah mnusia akn bdepan dgn masalah. Ada probz tp xdalah teruk ney pun. Masih boleh handle. Pnulisan tok bkn kmk tulis psl kmk tp kmk amik drpd pglmn2x org lain n dri pmerhatian kmk kat org lain. Kmk pkei kata gnti dri 1 'aku' supaya lbih dekat dgn pmbaca yg bhadapan dgn masalah2x spy sik truz mengalah n ttp bjalan tnpa henti.

      Sori sebab lambat reply komen, bz molah asgnment.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Doa jangan putus2 kpdNya. Sweet. Follow mine www.myhabibysuperb.com

    ReplyDelete

Komen

Powered by Blogger.