Dari Sudut Pandang Seorang Introvert



Seseorang yang introvert sering disalahertikan oleh orang-orang lain. Mereka fikir bahawa introvert adalah seorang yang sombong, tidak suka bergaul, pendiam dan seorang yang pemalu. Di pandangan mereka, introvert bersikap pelik.


(Lukisan: Karya Meera Dumeera, 2012)

Ya, introvert memang pendiam tetapi  tidak sombong. Bukan tidak suka bergaul tetapi orang introvert lebih suka mendengar daripada berbicara. Mereka lebih suka menyelami dunia minda kerana mereka suka berfikir, suka menganalisis setiap baris kata yang didengari dan lebih gemar untuk menyelami sesuatu yang berkait rapat dengan perasaan. Maafkan mereka sekiranya lambat menjawab soalan kerana mereka memerlukan masa untuk berfikir. Sebelum introvert bersuara, mereka menjana kata-kata di dalam minda agar kelak tidak menyakiti hati sesiapa pun atau tersalah jawab. Sejujurnya orang introvert mempunyai egonya yang tersendiri.

Disebabkan itu, mereka lebih gemar melakukan satu pekerjaan dalam satu masa kerana mereka seorang yang teliti dan tidak tergopoh-gapah dalam menyelesaikan sesuatu masalah. 

Bahkan ramai orang yang memiliki personaliti introvert telah menempa nama di dunia kita seperti Bill Gates, J.K Rowling, dan Warren Buffett. Mereka mengambil waktu 'sendiri' untuk berfikir tentang sesuatu yang hebat dan menarik. Dunia mereka penuh dengan kreativiti. 

Secara kesimpulan, introvert bukan pemalu atau orang yang sombong ataupun tidak suka bergaul tetapi mereka memperolehi tenaga dan lebih aktif ketika mereka seorang diri. Walaupun introvert dan extrovert berbeza personaliti dan sudut pandangannya, itu tidak bermakna mereka tidak boleh menjadi rakan akrab. 

p/s: Penulis merupakan seorang yang introvert dan mempunyai ramai rakan yang extrovert. Walaupun kami berbeza, ukhuwah itu tetap mekar terjalin. Jadi, jangan merasa malu menjadi diri anda sendiri.




SERTAI PERBUALAN

    Komen blogger

0 rakan:

Post a Comment

Komen

Powered by Blogger.