Komik-komik sempena Ramadan lalu

Terampunkah dosaku sedangkan kurasa dosa-dosaku setinggi gunung, bahkan kurasa lebih daripada itu?

Oh, tidak senang rupanya melukis komik! Tambah-tambah lagi orang seperti aku yang kadang-kadang melukis, kadang-kadang tidak. Namun, aku cuba memberi yang terbaik. Nah, ini komik pertama yang aku lukis semasa bulan Ramadan! Hitam putih sahaja. Tidak begitu kemas tetapi diharapkan mesej sebenarnya sampai kepada para pembaca. 


Apa makna bahagia sebenarnya? Berjawatan tinggi? Kaya? Ramai peminat? 

Ini pula komik kedua. Kali ini berwarna, tidak hitam putih. Lumrah manusia yang sukakan warna. Jadi, KMD beri sedikit sentuhan warna di situ biar nampak menarik sedikit. Informasi yang KMD cuba sampaikan di dalam kedua-dua komik ini KMD peroleh daripada rancangan di TV 9 "Al-Quran menjawab" lalu diolah dalam bentuk komik. 

JOIN CONVERSATION

2 rakan:

Komen

Powered by Blogger.