Jelajah negeri: Perak

Seminggu cuti-cuti Malaysia di Perak adalah pengalaman yang menyeronokkan. Penat tetapi sangat berbaloi. Alkisahnya aku dan seorang lagi teman Sarawakku pergi bercuti sebab mahu melepaskan tekanan. Jadi, segala tugasan dan projek sarjana ditinggalkan di universiti tercinta. Bawa fikiran kosong, bawa hati yang lapang.

cuti-cuti malaysia
Ipoh, Perak

Terima kasih kepada teman dan keluarga teman yang sudi menerima dayang-dayang Sarawak sebagai tetamu. Inilah salah satu nikmatnya belajar di rantau orang (macam jauh sangat bunyinya). 
Cuti-cuti malaysia
Ladang Teh BOH. 'Feeling' Ombak rindu katanya.

Sempat juga kami ke Cameron Highlands. 2 hari 1 malam. Jalan yang bersimpang-siur ke sana membuatkan aku mabuk jalan. Terasa mual. Kepala pening. Katanya first and the last tetapi wallahualam, entah-entah akan ke sana lagi. Sampai di tempat penginapan (Emerald Inn, Brinchang), terus berehat. Selepas maghrib baharulah aku dan teman-temanku berjalan-jalan di sekitar Brinchang. Sejuk! Kata temanku, latihan sebelum ke Korea Selatan kelak. Keesokan harinya baharulah kami ke Ladang Teh Boh Sungai Palas, Pusat Bunga Ros, Central Market, Ladang Strawberi dan Muzium Time Tunnel
cuti-cuti malaysia
Laksa Sarawak di Ipoh
Pada hari Jumaat, malamnya, aku dan teman Sarawakku menyediakan Laksa Sarawak iaitu salah satu hidangan yang terkenal di Sarawak. Sekurang-kurangnya rindu kepada negeri sendiri terubatlah juga. Dan, gambar berikutnya pula ialah Kellie's castle, salah satu tarikan utama di negeri Perak. 

cuti-cuti Malaysia
Kellie's castle diibaratkan Taj Mahal Malaysia


Dan ketika aku menghabiskan masa senggangku di rumah teman, aku terjumpa satu ayat dalam suatu surah semasa membelek terjemahan al-Quran milik temanku. Jujur, aku rasa sangat kagum! Kagum dengan kebesaran Allah SWT. Allah telah menerangkannya dalam al-Quran. 


Firman Allah SWT dalam surah al-Mulk ayat-15:"Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah digunakan bagi kamu, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya kamu (kembali setelah) dibangkitkan."


Subhanallah. 



p/s: Jauh perjalanan, luas pemandangan. (^__^). 


SERTAI PERBUALAN

    Komen blogger

0 rakan:

Post a Comment

Komen

Powered by Blogger.