Bakal 'terjah' Konvensyen Penulisan 2014

Kalau perasaan itu ialah makanan, bolehlah buat 'rojak perasaan' sebabnya apabila masuk bulan Jun, pelbagai perasaan wujud: risau, sedih dan teruja! Tetapi buat masa terdekat ini, aku begitu teruja!


Sebabnya, INI!

mengalih pengalaman menjadi perkataan
Sumber: mypenulis.info


Aku teruja sebab ini pertama kali aku bakal turut serta dalam aktiviti yang berkaitan ilmu penulisan, insya-Allah. Teruja sebab bakal bertemu dengan beberapa orang penulis dan penerbit di situ! Teruja sebab bakal bertemu dengan kenalan baharu yang turut meminati bidang penulisan!  

Alhamdulillah, dapat menempah kerusi untuk menimba ilmu di situ.

Namun di sebalik keterujaan tersebut, 

terselit rasa risau sebabnya aku perlu siapkan tugasan yang masih berbaki. Kena siapkan (by hook or by crook) supaya kepergianku ke sana kelak bersama secanting senyuman. 

Apabila berjaga bak burung hantu, kelak bertambahlah ke'panda'an aku. Oh, mamma mia!


"Orang boleh pandai setinggi langit tapi selama ia tidak menulis, ia akan hilang di dalam masyarakat dan dari sejarah. Menulis adalah bekerja untuk keabadian" - Pramoedya Ananta Toer-

* P/s: Ada sesiapa yang bakal pergi ke konvensyen penulisan 2014 ni? 




SERTAI PERBUALAN

    Komen blogger

0 rakan:

Post a Comment

Komen

Powered by Blogger.