Wachaa! Seni mempertahankan diri

Salamun'alaik. Salam sejahtera.

Apa khabar para pembaca blog? Insya-Allah dalam keadaan sihat. Ok, entri kali adalah mempertahankan diri. Menarik atau tidak terpulang kepada yang membaca.

Apakah perkataan pertama yang anda fikir apabila saya utarakan entri ini? Taekwondo? Silat? Judo? Atau mana-mana jenis seni mempertahankan diri? Sekiranya ada yang mengajukan perkara ini kepada saya, sudah tentu perkataan yang menjelma dalam benak fikiran adalah silat. Sebabnya, saya masih mendalami dan mempelajari ilmu mengenai persilatan. Bagi yang lain pula, tentu ada yang terfikirkan taekwondo atau selain dari yang disebutkan.

Semua jawapan itu betul. Tidak ada salah. Cuma mungkin segelintir daripada kita apabila diajukan perkara ini, serta-merta perkataan solat itu hadir dalam fikiran mereka. Mungkin ada yang tanya kenapa. Mungkin ada yang sudah mengetahui jawapannya.
Sumber: Google.com



Kita belajar seni mempertahankan diri sebab hendak mempertahankan diri daripada musuh. Contohnya perempuan yang tahu dan mempelajari taekwondo, boleh mempertahankan diri daripada musuh seperti peragut, perogol dan seangkatan yang boleh mengancam nyawa mereka. Seni mempertahankan diri seperti taekwondo, silat, wushu, karate dan lain-lain lagi sebenarnya mempertahankan fizikal kita, luaran kita. Ya, walaupun mungkin akan tercedera sedikit, sekurang-kurangnya nyawa kita masih selamat. Insya-Allah. Jadi, apa yang mempertahankan rohani kita? Mampukah ilmu seni bela diri yang mempertahankan fizikal membantu dan menangkis serangan yang langsung tidak bisa kita lihat dengan mata kasar?


Maka, solat yang diperintahkan oleh Allah mampu untuk mempertahankan diri kita secara rohani. Insya-Allah semua tahu bahawa solat 5 waktu itu adalah tiang agama. Hendak membuat rumah pun kita perlu mendirikan tiang dahulu. Maka, melindungi diri daripada laknatullah, kita hendaklah mendirikan solat 5 waktu: Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Dalam surah Al-Ankabut ayat 45: ".....Dirikanlah solat,sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar."


Hati dan nafsu hanya bisa ditundukkan dengan menjaga solat kita, menjaga hubungan kita dengan Allah. Apa akan jadi kiranya tiang rumah kita tidak didirikan dengan elok? Roboh pada bila-bila masa. Begitu juga dengan diri kita. Jika seni bela diri mampu mempertahankan kita secara fizikal, solat itu mampun mempertahankan diri secara rohani. Dengan mengingati Allah kita akan jadi tenang, insya-Allah. Insya-Allah kita mampu menjaga dan melindungi diri daripada bisikan syaitan dan para makhluk-Nya yang berniat jahat kepada kita.

Renungilah....Jaga diri kita daripada musuh yang bisa kita lihat, jagalah jua diri kita daripada musuh yang tidak bisa kita lihat. Jihad bukan sekadar dalam bentuk mengeluarkan tenaga, iaitu memerangi musuh yang dapat kita lihat dengan mata kasar (contohnya, berperang menajga keamanan negara), tetapi juga menundukkan hawa nafsu. Dalam hadith, Rasulullah S.A.W bersabda ," Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya."

Moga perkara yang saya utarakan ini sampai ke dalam hati saya sendiri dan insya-Allah ke dalam hati para pembaca. Amin. Sekiranya cara penyampaian saya salah, silalah beritahu. (^_^)

SERTAI PERBUALAN

    Komen blogger

0 rakan:

Post a Comment

Komen

Powered by Blogger.